Post pada hari ni ringkas dan berbunyi agak tergesa2. Ianya tentang calon teman sehidup semati saya memandangkan ramai benar yang telah bertanyakan hal ni. Tambahan lagi family saya sendiri sudah memberi 'lampu hijau' untuk saya memilih seorang teman untuk dibawa berjumpa dengan orang tua saya. Subhanallah. Saya sudah dianggap matang oleh mereka yang dulunya sentiasa menasihati saya dalam pergaulan terutamanya. "You are too young". Kata salah seorang ahli keluarga saya suatu ketika dahulu. Tapi sekarang ni, orang yang sama sentiasa bertanyakan "siapa calonnya?" kepada saya. Allahu Rabbi. Apabila keluarga terutamanya, bercakap soal calon teman hidup saya, tuan empunya diri pula rasa bagai.... . noktah*
Hanya hati yang berkata-kata tatkala lidah kelu bersuara.
Hati? -Biarlah rahsia.
Baiklah, terus kepada tujuan post ini dibuat. Salah satu kriteria yang perlu ada buat 'si dia' bakal teman hidup saya adalah yang menjadikan tahajud dan membaca Al-Quran sebagai amalan yang tidak asing dalam hidupnya.
Saya terfikir akan hal ni, apabila membaca kitab suci tersebut sebentar tadi.
"Hari ni aku membaca Al-Quran, aku menjadikannya sebagai amalanku sebagai syafaat di Hari Muka nanti.. Tapi...bagaimana pula dengan 'si dia' yang pernah mengaku akan menungguku? Adakah si dia juga turut menyiapkan dirinya untuk ke 'sana'? Adakah hatinya subur dengan cinta Allah atau cinta dunia?"
**
Saya boleh berlaku adil untuk memilih anda yang pernah mengaku perasaan kepada saya. Tetapi dengan syarat, -syarat di atas haruslah dipenuhi terlebih dahulu. Saya bimbang suatu hari nanti, anda mempersoalkan hal ni setelah menunggu sekian lama. Atas dasar pembawaan saya sekarang, cara penilaian saya jauh berbeza. Penilaian dalam penghayatan agama, lebih saya utamakan. Selain daripada kerjaya yang terjamin, dan berakhlak baik, yang paling utama; dapat membaca al-Quran dengan lancar dan menjaga pergaulan-ikhtilatnya.
Saya akan reject sama sekali sekiranya anda tidak dapat memenuhi syarat pertama di atas walaupun anda mempunyai kerjaya yang terjamin. Dan ianya juga tidak bermakna; sekiranya syarat diatas berjaya anda penuhi, sy akan menerima anda sebagai calon teman hidup saya. Itu semua atas kehendak Allah jua. Yang penting, pelajarilah ilmu ikhlas. Lakukanlah semua perkara kerana Allah, bukan kerana hamba-Nya. Hidup kita ni tak kemana tanpa ilmu amal yang ikhlas kita laksanakan hanya kerana Allah. Jadilah manusia yang beruntung. Nikmat yang paling indah dalam dunia ini adalah nikmat iman, jika kau ketahui, nescaya kau akan kejari Cinta Hakiki itu walau jalannya penuh berliku dengan dugaan dan cabarannya. Barulah kau mengerti erti kata ini;
Dunia ini bagaikan syurga buat orang kafir,
dan penjara buat orang mukmin.
Tapi disebaliknya terselit banyak kemanisannya.
Itulah manisnya iman.
p/s: sangat tersentuh hati dengan kisah seorang suami yang tak jemu-jemu membacakan ayat suci Al-Quran kepada isterinya yang menghidap morning sickness setiap hari.
No comments:
Post a Comment