"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti ? {Al-An'am : 32}
Sunday, April 4, 2010
Untitled ❉
Sunday, March 21, 2010
Hari pertama pbs

“Understand…???” soalan itu seakan meminta pengesahan daripada ank2 muridnya..
“Tak pandai la lukis orang, cikgu..tak reti laa..”. Pekat sungguh bunyi oghangg = orang mereka tuh..aloq staq..kedah naa..
… “Aihh..kalau tak cuba masa ni, bila lagi nk belajar kan, satu lagi..melukis ni kene praktis, orang yg dah biasakan diri mereka dengan melukis, lama2 biasa lah, semua orang bermula daripada '0' kan..” Senyum aku menjawab soalan mereka, jawapan memujuk.
Semua dah setuju nak lukis muka cikgu..iaitu Cikgu Najwa dan Cikgu Asni..Sehelai kertas dibahagikan dengan 2 bahagian, satu untuk Cikgu Asni, satu lagi untuk Cikgu Najwa.
Masa nilah, aku lansung tak boleh gerak..pergerakan dibataskan, sesekali Cikgu Yasser masuk kelas memantau dan membincangkan jadual seterusnya yg beliau benarkan untuk rakam dia masa p&p.
Pergerakanku terbatas lagi, sbb…
“Cikgu, cikgu….jangan gerakk..” ntah suara dari arah mana datangnya tp yg pasti ramai..
“Cikgu…jangan senyum..” seorang pengawas perempuan berkaca mata serius seakan memberi arahan pulak..
“Cikgu, nk lukis cikgu tak pakai tudung boleh tak..? payah la lukis pakai tudung..” Adeh, mcm2 karenah..aku iyakan ajer..bagi ajer..tapi bila check suma lukisan suma bertudung, mybe murid yg bertanya tu berusaha kot..
35minit kemudiannya, hampir semua lukisan dah berada kat tangan aku, tergelak aku dan Najwa belek2 satu persatu lukisan tu..macam2 ada..muka aku dilukis bulat..panjang hidung dan mata berbagai versi..adeh..
Aku puji mana2 lukisan yg aku kira cantik, dan mana2 lukisan yg aku kira ada potensi tuk dikembangkan bakat. “Dalam kepala ni, aku duk pikir masa berada di Tahun 5 lukisan aku camni tak..?” terfikir aku sat..tapi yg tak berapa nk cantik tu..aku just senyum..sesekali cakap..bagus…sambil angguk2..
Hee…macam2…akhirnya..aku menawarkan diri.. “Meh sini cikgu nk ajar melukis..basic melukis potret..”.
Maka, berkerumun la mereka cuba untuk melihat cara betul melukis potret..Aku ni bukannya pandai sangat melukis potret but basically okla..
Aku balas.. “Aah…sejibik..”. mengundang ketawa besar diorg..agaknya..diorg tak tau aku biasa gunakan gurauan mcm tu kot..hee…normal..murid..salu pandang guru mereka sbg seorg yg serius, n kalau berlawak pun..hnya tau guraun yg formal je.. Sejibik?? Hmm..gurauan untuk org2 muda kot..bila cikgu muda bertemu dgn ank murid tahun 1-6, gurauan sesama mereka ada match la kot dgn cikgu2 muda..haihh..sempat juga aku analisis bab tu..
Hee…begitula cerita hari pertama aku di SK Datuk Kumbar pada hari pertama..dear diary..aku gumbiraa hari ni..hee..
Alhamdllah, disamping masuk kelas 5S dan 5D hari tu, aku sempat mengumpul maklumat utk tugasan yg diberikan. Maknanya, walaupun get involved dgn kelas, amik alih kelas cikgu..but still can manage task yg diberi ok la tu..dua2 dapat..bahan tuk task dapat..ilmu dan pengalaman pun dapat..
Tuesday, March 16, 2010
Siapa wanita cantik ?
Friday, January 29, 2010
Kalimah Allah bukti Dia bersamaku
Keadaan diluar bilik..sangat terang..hmm…ada pasang spotlite ke..? Aku jenguk ke luar dan aku lihat bulan penuh.. Waah…cantiknyaaa.. Cahayanya sangat terang..Cantik! Sambil duk puji..cantiknyaa…cantiknyaa..aku teruskan perjalanan ke balai islam al muttaqim.. Sambil kepala mendongak ke langit.. sepanjang jalan aku mendongak ke langit..mata hanya tetumpu kepada bulan penuh tu..sesekali pandang ke jalan..bimbang takut2 terbabas.. Kemudian ku alihkan mata ke langit pula.. Masyaallah..kerana terlalu cantiknya bulan..sampai tak terpandang awan yg membentuk indah.. Aku amati corak awan yg terbentuk.. Hmm..cantik… Tiba2..aku terkesan corak formasi awan yg terbentuk kalimah yg sangat agung..
“Allah”
“Alif-lam-lam-ha”
Subhanallah… terkejut aku…bulat mata masa tu terpandang kalimah Allah di depan mata. Actually, kali pertama aku lihat kalimah Allah pada isi nenas pada tahun 2007.
Allahuakbar.. Aku ni siapa Ya Allah..kenapa diberikan peluang ni padaku melihat kalimah-Mu indah sedemikian rupa? Bukan kah aku insanMu yg tersangat lemah..? jika mau dibandingkan dengan insan2-Mu yg lain yg bertakwa.. Atau…adakah ini jawapan terhadap persoalan yg buat aku terfikir2 berkali2 dalam sehari selama berminggu2 ini…?

Pandanganku terhadap dunia sudah berbeza sekarang.. bimbang dalam indah..indah dalam bimbang.. Kadang2 kukatakan dunia ini indah..kadang2 kukatakan hidup ini sengsara.. ‘Pelindungku’ pernah berpesan kepadaku.. “Dunia ini ibarat syurga bagi org kafir..neraka bagi org mukmin”. Begitu juga, dia katakan hidup ini indah..dan ku tambah.."kita tak mau failed..".
‘She’ pula kata.. hidup ni indah..kerana didunia inilah kita mengumpul bekalan kita untuk kesana.. Kita ada insan yg menyayangi kita..menghargai kita.. Tapi satu ayat dia pada suatu malam tu, membuatkan aku turut terfikir sama.. “Apa yg akak sedih..bila di alam sana..kita dah tak kenal antara satu sama lain..” Hmm..jelas..siapa pun kita di dunia ni..tak bermakna apa2 di sana..dengan siapa pun kita berkawan..seakrab manapun kita..suatu hari nanti akan terpisah jua..Hmm..sedihnya..tapi itulah hakikat sebenar2nya hidup ini..
She satu2nya insan yg lansung tak jemu mentarbiyah aku yg lemah ini. Alhmdllah, berkat kesabarannya, dia berjaya membentuk aku lebih baik dari semasa ke semasa.. Kalau dulu..dia yg selalu dtg pada aku..memberi ilmu..tetapi sekarang.. aku pula…yg memburu masa dia..hmm..! ada masa..jom jumpa..kita cakap2..buat hQ..
Aku syg dia..sebab…dia insan yg sgt hebat..siapa sgka..dia yg dlu hanyala insan biasa..tetapi tarbiyah selama hanya 3thn..lihat siapa dia sekarang..dia insan luar biasa..tak sama dengan muslimah warak diluar sana..tak sama..dia pure..
Jauhnya aku menyentuh tentang dua insan kesayanganku itu.. hmm..pasal kalimah Allah di dada langit tadi..Tak sempat nak rakam..sebab..tak bawak hp..tambahan, sekejap saja..bila aku da sampai di kaki surau..aku patah balik untuk lihat kalimah tu.. Sayangnya..coraknya sudah berubah seperti biasa.. Hmm..tak sempat nk panggil org suh tgk sama..
Mungkin hanya untuk aku saja..? Wallahualam.. Saat itu..dan sekarang..firasatku menyatakan…betapa Allah sentiasa mendengar keluh kesahku…kepayahanku..
Allah bersamaku..
Sangkaku..aku hambaNya yg mudah lupa..mungkin Allah tak bersama dengan hambaNya yg lupa..tapi ..semenjak dua menjak pandanganku kepada dunia yg bagiku tidak selamat..dan bila2 masa saja akn ditarik olehNya( kematian ) dengan tanda2 akhir zaman yg melanda..menjadikan aku manusianya yg kembali butuhkan ilmu..dada ini terlalu sarat dengan ilmu dunia..masa ini terlalu bnyk dihabiskan untuk dunia..apa salahnya..aku meluangkan 1-2jam untuk bekalanku ke sana…? 7.00pagi-1.15..disambung 2.30-3.30 atau 4.30..7-8 jam untuk ilmu dunia..untuk akhirat..?
Wednesday, January 20, 2010
Satu dalam ribuan
Ya Allah.. semoga apa yg dikerjakan..apa yg diusahakan..dibalas dengan apa yg telah Engkau janjikan..semoga redhaMu sentiasa mengiringi setiap perjalanannya hingga ke akhirnya..
Dia yg sentiasa mengingatkan… “Sang penderhaka itu sentiasa mengintai peluang untuk menjahanamkan kita..” Kata2 noktah untuk menamatkan segala perasaan indah yg mengaburi hati..

