Saturday, August 27, 2011

simple 'dimple'


Mereka yang berlesung pipit kerap didatangi oleh 'kanak2' yang cuba berkongsi pengetahuan mereka yang diambil daripada 'rancangan dokumentari di astro' dengan mengatakan :

"Tahukah anda lesung pipit...adalah....bla bla bla....cacat...bla bla...bla..."

Okey, mereka yang berlesung pipit agak jenuh untuk membuat reaksi seperti... "Oh, iye ke...?", "Yup...betul tu.." atau senyum saja sambil angguk angguk.



Kerana jikalau anda merupakan orang yang ke 500 mengucapkan perkara yang sama.. Err... hurmm... rasanya ia mungkin akan jadi lebih menarik jika anda mengucapkan/memberitahu/berkongsi tentang sesuatu yang lain daripada fakta di atas. Huhu..

Orang berlesung pipit jangka hayat dia lebih pendek ke... lesung pipit terjadi kerana masa si ibu mengandung si ibu menumbuk sambal menggunakan lesung batu sambil burung pipit datang berterbangan buat formation atas kepala si ibu ke, atau bilakah lesung pipit terbentuk? ketika dalam perut ibu ke, usia 3 bulan ke kan...? kan ke menarik gitu.


Jadi, kalau nak bagitahu fakta di atas pergi cerita kepada orang lain yang tidak berlesung pipit. okey...err...

Jangan marah. Cuba fikir di luar kotak sambil buat transformasi komunikasi berkesan. erkk...




:::kat bawah ni..beberapa komentar dari rakan2 fb, (rajin pulak print screen asni ni kan..ha ha..)



No comments:

Target sebelum ke 'sana'