Ikhlas dan Redha...bukan senang nak menghadirkan ia....
hanya hati yang penuh cinta kepadaNya sahaja yang mampu menerbitkan ia biar apa pun ujian yang didatangkanNya. Mampukah kita untuk memperolehi rasa ikhlas dan redha itu?
InsyaAllah. Dekatkan diri kepada-Nya sentiasa..semoga segala rasa duniawi itu memudar mengingatkan kehidupan di 'sana' yang lebih abadi dan membahagiakan.
Selamat Tinggal Dunia. Satu ucapan yang ingin saya ucapkan terutamanya ketika saya terasa begitu dekat denganNya. Seolah restu dan redha-Nya mengiringi saya.
Andainya ditakdirkan ke sana tanpa pengetahuan dan petanda daripada-Mu kepadaku, aku mohon Ya Allah, jemputlah daku dalam keadaan aku telah bertaubat kepada Mu pada malam harinya dalam waktu tahajud dan ukhwah aku serta sahabat dan orang tersayang utuh di mana perasaan kasihku kepada mereka adalah keranaMu dan kasih mereka kepadaku adalah keranaMu kerana aku ingin ke sana sarat dengan Cinta. Cinta mereka dan Cinta-Mu.
No comments:
Post a Comment