Di saat saya menulis/menaip di blog ini, masing2 dah sibuk nak pulang ke kampung halaman masing2. Sebelah kanan pendengaran saya menangkap bunyi2 gelak ketawa rakan2 yang akan pulang ke rumah, bergelak ketawa sambil bersalam-salaman dengan rakan2 yang masih lagi belum pulang ke kampung. Wah, meriah sungguh. Sebelah kiri pendengaran saya pula menangkap bunyi bonet kereta ditutup, dum...dum...'pah se-se' orang terengganu kata. Meriah sungguh suasana pulang ke kampung halaman masing2 waktu ini.
Inilah minggu hectic sy, before this kadar kesibukan adalah di takat suam2 kuku saja, tapi minggu ni bertukar status kepada busy giler, sebabnya banyak tugas yang sepatutnya kena bereskan sebelum hari ini, Khamis 3Mac. Sebab sabtu ni sy akan bertolak ke Melaka dan berada seminggu di sekolah kat sana.
Beban yang bergayut di bahu kiri dan kanan telah terlerai..Folder dah hantar, Asgment BM dah hantar, majlis persaraan Mr.Tae dah lepas..Alhamdulillah..Pagi tadi menang wallpaper design maulidur rasul, tapi tak gi sebab membuta kat bilik waktu tu tanda protes berjaya siapkan asgment malam tadi (protes?). Pukul 8pagi barulah sy mulakan operasi dan tugas sy pada hari ini..Sekarang menghitung jam untuk pulang ke rumah..sabtu pagi berada di anggulia Beach Resort, malam bergerak ke Melaka, Isnin..berada di SKSB seminggu..Pheww! Saja nak mengadu..!
Kat bawah ni design-design yang dihantar pada penganjur. Nah, amik..banyak sekali hantar. Lebih kurang sama saja designnya cuma ubah sikit2 je. Alhamdulillah, walaupun simple design ni, tapi sy dapat tempat kedua sekaligus mengharumkan nama unit saya...:P
Glosari : Pah se-se bermaksud lepas satu-satu.
No comments:
Post a Comment