Sunday, June 10, 2012

PMS tu hape ?

PMS tu fitrah wanita, itulah musim bulan mengambang wanita bertukar menjadi scary monster.. adik beradik lelaki, teman sekerja lelaki dan mana-mana insan yang hidup atau berurusan dengan kaum ini harus akur dan faham wanita memang berhak diberi keistimewaan untuk membebel dan merajuk untuk tempoh tersebut. Rasa nak marah yang terlampau2 itu adalah seperti mengetap gigi, menggenggam jari, merenung tajam individu yang membuat angkara seperti renungan yang mampu mengoyakkan individu tersebut seperti cebisan kertas dan kadangkala ter-imagine individu yang buat hal dan banyak songeh itu dibelasah dalam kotak imaginasi, situasinya contoh...

seorang bos membebel dan komplen hasil kerja staf yang PMS.

Hebatnya wanita adalah wanita boleh menahan ekspresi sebenar padahal dalam masa yang sama bos itu sudah besor kecik besor kecik sudah depan matanya. Siapa sangka, dalam masa yang sama, staf itu ter-imagine secara spontan bosnya itu telah ditomoi2 dan di beri kick boxing dan flying kick yang sungguh kaw dalam imaginasinya.

Haa.. sangat bahaya, sebab walaupun ianya hanyalah imaginasi, tapi side effectnya turut kelihatan terekspresi di wajah seperti mulut muncung yang boleh diikat riben. Sudah tentu ianya sangat tidak baik untuk hubungan bos-pekerja bukan?

Inilah wajah wanita PMS, tapi realitinya tak la macam dalam gambar ni... ini dah macam kena rasuk hantu nyiang rapik+mak lampir+nyi burga klara nih.. haha

Ish2.. jadi ada solution tak untuk atasi kes-kes terpencil begini?? Jawapannya, ada.. Iaitu dengan mendekatkan diri anda wanita-wanita yang dimuliakan Allah dengan Penciptamu, Allah Sw.t. Banyakkan amalan-amalan zikir terutamanya... InsyaAllah seton-seton yang direjam itu bertempik lari kalau lidah itu lancar mengalunkan zikir-zikir kepada Allah. Mathurat pagi dan petang jangan lupa!

Okey... chow chin chaw....! ^^

PMS yang menyebabkan mood swing...iya... begitulah...

p/s : yang tak tahu PMS tu hape.. pi lah google sendiri.. den nk bagitau raso dan fenomena PMS yo..

Monday, May 28, 2012

perkara kontradik bertembung dalam otak

Kebiasaan orang yang bukan kebiasaan kita.

Kadang-kadang bila tengok wanita tak bertudung, mendedahkan rambut begitu saja.. saya terfikir, itu gaya berada dalam rumah.... Macamana gaya berada dalam rumah, boleh dibawa keluar begitu saja..

t-shirt senteng keadik-adikan, rambut buat style belah tepi, gaya ala2 gadis bandar jakarta, pin sana, pin sini dengan teknik rebonding, ikat sana, ikat sini.. macam2 lagi.

Cuba bayangkan...

kalau ada orang asing datang ke rumah tanpa sempat anda tutup rambut anda? Mau je capai apa saja yang dekat nak cover rambut biarpun dengan plastik Mydin! Punyalah cuak takut sempat orang tengok benda yang biasa kita tutup. Sebab itu sudah kebiasaan kita menutup rambut sebagai makhota yang mahal harganya untuk dilihat2 orang luar.

Masih terasa tak cover rambut tu perkara biasa ?
"alah, tak tutup rambut.. bukan pelik pun..bukan tak pakai baju.."

Okey, cuba tengok orang putih pakai bikini berjalan selamba tepi-tepi pantai, sudah tentu anda akan rasa... "ish3, macamanalah ye.. dia boleh pakai macam tu depan orang ramai?"

Begitulah perasaan saya kadang-kadang apabila nampak orang yang dedahkan rambut di tempat-tempat public. Sesuatu kebiasaan orang lain tapi bukan kebiasaan kita. Dimana jika ia dilakukan juga, bermakna saya sudah tak waras, mengalami gangguan emosi kronik atau saya berada dalam mimpi sekiranya saya keluar tanpa bertudung dan mendedahkan rambut yang mana orang luar nampak kepanjangan sebenar rambut, jenis rambut..kerinting ke, lurus ke, meggie ke rambutnya... aish... kesimpulannya, MALULAH.


P/s : saya tak cakap pasal hukum, cuma hanya rasa otak saya yang cuba memproses apakah kebiasaan orang yang berada di depan mata ini tapi bukan kebiasaan saya.

Hukum dan perintah Allah untuk menutup aurat khusus Hawa.

Okey, sekarang saya cakap fasal hukum. Semua sudah maklum kan, hukum tutup aurat itu adalah wajib di mana aurat itu harus ditutup atas mudaratnya jika tidak berbuat demikian. Tak perlu saya bagitahu surah mana ayat mana hadis mana nas dan dalilnya kerana semuanya sudah maklum akan perintah Allah yang satu itu. Cuma bagaimana ingin mengaplikasikannya saja. Okey, buat yang sudah menutup aurat, Alhamdulillah, kekalkanlah, buat yang sedang belajar menutup aurat..moga terus istiqamah, buat yang belum menutup aurat. Renung2kanlah hakikat kita di dunia sementara ni, kita hanya musafir ke dunia akhirat. Dunia abadi kekal selamanya. Atasilah halangan yang menghalang, janganlah sampai nyawa di hujung nafas baru teringat segala perbuatan ingkar kita pada Allah. Masa tu dah tak boleh patah balik, kita tiada bekalan wang, makanan, cahaya, tempat tinggal yang cantik macam atas dunia sekarang ni. Hanya satu amalan yang kita bawa, iaitu amalan dan ibadah kita sewaktu kita hidup. Jadi renung2kan, banyakkan berfikir.

Berubah tak perlu drastik. Tapi buatlah sikit-sikit. Yang penting, banyakkan bercakap dengan Allah. Banyakkan mengadu pada DIA, Banyakkan berdoa dan mintak pada DIA.

sekian, post santai-santai saya macam biasa.. Assalamualaikum. Selamat pagi. =)

Friday, May 18, 2012

mesej tak jelas.


Ramai yang ingat...mereka boleh berkomunikasi dengan betul. Apa maksud komunikasi?

Secara ringkasnya..komunikasi bermaksud berlaku pertukaran mesej daripada penyampai kepada penerima di mana si penerima dapat memahami apa yang disampaikan oleh penyampai. Faktor seperti penerima kurang pendengaran atau penyampai yang cakap macam semut... tidak memungkinkan kedua2 pihak menerima mesej yang ingin disampaikan dengan jelas.

Dalam kes saya ni, situasi kat kedai makan..saya mintak satu menu pada pelayan kedai, dia menjawab..

"au kak"
-gape??

"au a kak"
-hah.. ape?

pahtu dia senyum2 ..kononnya kesiannya ada masalah pendengaran... kurang asam jawa.. asam gelugor.. asam limau.. asam keping.. asam masen punya budak....

Padahal, dia tu yang bercakap macam semut...perlahan...takde intonasi.. takde nada..takde tekanan lansung... perlahan lak tu... pahtu tak bunyikan perkataan dengan betul..mimik muka statik.

Nak tau tak dia maksudkan apa apabila saya tanya menu tu? Okey dia jawab macam ni..

"tak tau la kak..."

yess..itu yang dia nak sampaikan. Kan saya dah cakap... bukan semua orang tahu berkomunikasi dengan betul. I told you. Mak saya cakap.. "cakap biar bbutir.."

-maksudnya... kalau nak cakap biar jelas..biar terang..biar orang paham... setiap suku kata perlu dibunyikan, jangan di skip.. pastu jangan burukkan lagi dengan volume yang perlahan. Okay..? okay, okay, okay, okayyyy...yeah.

Monday, April 23, 2012

Untittled post 001


pujian dan perhatian yang berlebihan... akhir-akhir ini..satu fenomena yang pelik. 
Tak tercapai dek akal tuk memikirkannya.

Allah mahu menguji..diri ini yang payah tuk menangkisnya..
kian berat.kebalkan hati - moga rasa ujub dan rasa ingin memudaratkan orang lain terhindar.

Sunday, April 15, 2012

Life di Chendering

Assalamualaikum. Lama tak updates blog. cam biasa. Life baru.. praktikal sebulan di SK Kubang Ikan. Environment yang supportive, dari muridnya, gurunya, sekolah, pentadbiran dan segalanya di SKKI. Saya selalu cadangkan pada kawan2 saya, sem depan nak praktikum pilihlah SKKI, sekolah yang sangat bagus. Dan antara kegiatan saya di sini, bila ada waktu lapang sebagai aktiviti reakreasi minda or rileks2 kepala daripada beban keja, saya selalu pi pantai, masjid terapung dan melawat kuda-kuda di Terengganu Equestrian Resort (TER). Lagipun warga TER dah jadi macam satu sistem sosial saya di Terengganu ni pulak. Almaklumlah, saya ni bukan ada sangat kawan di kampung atau di Terengganu ni. Saya cuma ada kawan baik saya, Nik Suria. Itu pun dia dah pindah Dungun, dapat pulak keje bahagian HR kat Mydin Dungun, memang bahagia sungguh hidup ayahnya Pok Nik (Bab). Anak darenya dapat keje dekat. Tahniah, untuk kedua beranak tersebut. Saya tumpang gembira mereka anak beranak. =)

Berkenaan tempat baru, Chendering, nak citer sikit..

Masjid Sultanah Nur Zahirah (Masjid Terapung)
Selalu singgah masjid terapung, kadang-kadang keluar makan malam, sebelum balik rumah singgah solat maghrib or isyak. Kadang-kadang jumpa kawan praktikal kat area bandar KT ni, amik barang, passing2 barang. Solat Zuhur. Memang muka saya lah yang banyak kali duk lepak masjid tu. Kadang-kadang, hari jumaat.. singgah masjid, bagi ikan-ikan makan. Almaklumlah penternak ikan yang berjaya. G1

Pantai depan masjid terapung - Pantai dalam TER
Suka pulak tengok family riadah dekat area masjid terapung ni, ramai pulak rakyat Terengganu turun riadah dan exercise. Ada yang jogging, berbasikal, jalan-jalan, tunggang kuda. Kalau nampak orang tunggang kuda, tak lain tak bukan..warga TER la. Biasanya kuda-kuda Polo yang bawak exercise kat luar. Tak kenal sangat dengan muka-muka Polo ni kecuali Farmizi dengan Firdaus. Kalau Farmizi banyak jumpa dekat masjid terapung. Firdaus jumpa kat pantai, dari jauh... "Cekguuuu..." duk menyapa. Ni antara gambar kenangan masa hippotherapy kat TER satu masa dulu, kebetulan dengan Firdaus ni.

Gambar yang cantik kan. Kuda tu pun nampak comel + manja di sisi saya. Ahakz.


Terengganu Equestrian Resort (TER)
Saya salu pi TER, jumpa dengan warga TER. Bukan apa, otak ni rasa rileks, saya mencari ruang sendiri di TER, saya ada sistem sosial saya sendiri. Jumpa kuda, sembang tentang news di TER, tengok kuda makan, mandi, ride kuda, lepak dengan kuda dan kadang-kadang dengar Abg Man, seorang trainer kuda kat situ. Cakap tak berenti. Nak buat camana, suka sangat bercakap. Hari tu bawak anip PSV, memang boleh ngam lah dua orang tu. Sembang tak ingat dunia. Last2, den poie dari situ. Anip dah ada kawan nak dirujuk di TER, nanti senang lah datang sendiri situ. Memandangkan Anip juga ada kuda kat hometown dia. Song lah tu.. (song = padan, kosa kata baru saya belajar dari kawan kelate... =D) G3

Komen sikit pasal sebelum dan selepas praktikum.
Okey sebelum ni, kalau dulu buat rph amik masa berjam-jam buat RPH, kat sini dah belajar buat keje cepat. RPH dalam masa kurang 20 minit, dah siap! Then, buat BBB. RPH untuk KSSR dulu blur tak tau apa2 tentang tu, sekarang dah nampak dah. Lecturer dan guru pembimbing pun setuju dengan format RPH yang saya sediakan. Dulu, berhemah sangat dengan budak-budak. La ni...takde dah semua tu, dengan saya sekali bertukar sifat, jadi garang. Bukan garang emo, tapi garang mendidik. Saya sayang mereka. Ada macam2 karenah. Dan, saya belajar tuk mengenali mereka dan bagaimana nak kontrol behavior mereka.

Secara overall ?
Secara overall, I LOVE CHENDERING, sekolah, gurunya, muridnya, pantainya dan Warga TER. Ianya mencipta satu momen baru dalam hidup saya. Di sini, saya ada ruang sendiri. :)


Target sebelum ke 'sana'