Sunday, January 17, 2010

The Moon Bar..Eumora

Assalamualaikum..salam sejahtera..
Entry pada kali ni just nk share wit all of you tentang sabun eumora. Okay.. siapa pernah dengar tentang sabun eumora..? Baiklah biarla k.asni bercakap dalam bentuk tak formal saja memandangkan target group k.asni adalah chegue ipgmkdri dek kerana faktor jarak. Oleh kerana sabun ini terbukti kelebihannya, jadi k.asni nak share la wit all of you kerana k.asni rasa tak ada ruginya nak share kebaikan sabun ni pada kamu semua.


Ada yang pernah dengar..dan ada yang lansung tidak pernah dengar pasal sabun ni. Okey, bagi yang pernah dengar pasal sabun ni, ramai yang beritahu k.asni pasal kelebihan sabun ni yang terbukti berkesan. Pada awalnya, k.asni bertanya pada kawan-kawan pasal sabun ni, diorang cakap mak, kawan2,saudara mara diorang ada pakai eumora dan memang terbukti berkesan. Orang kata, kulit muka k.asni tiada masalah kulit, tapi kenapa nak pakai..?? K.asni saja nak try sabun yang orang kata sangat2 berkesan sampai abang k.asni pun pakai sabun ni.. Hmm..kulit muka abg k.asni tuh, adehh..memang teruk..!! menggerutu..yek..! (abg.., jangan marah ea..da kenyataan..) Hehe..takdela seteruk itu, tapi akibat kesan jerawat, tinggalan parut yg seolah2 kawah bulan tu, dia mencuba sabun tu. Alhamdulillah, dah berkurang parut tu kian fading..

Dan pengalaman k.asni sendiri pakai sabun ni, setakat ni k.asni berpuas hati di mana salah satu faktor pemilihan pencuci muka k.asni mestilah yang semulajadi dan dibuat berasaskan faktor kesihatan. Maknanya, bila pakai sabun ni, bukan sahaja kita dapat kulit yang cantik, tetapi kita juga mendapat kulit yang sihat.






Tentang sabun eumora

EUMORA bukan sabun mandi seperti mana tanggapan setengah orang. EUMORA adalah sabun yang berfungi untuk merawat masalah yang berkaitan kulit. Hanya buih EUMORA yg disapukan kepada kulit. 3 langkah sahaja. Sapu buih - bilas - biar kering.

SABUN EUMORA adalah SABUN KECANTIKAN yang begitu unik dan diperbuat dari bahan yang bermutu tingi, sesuai untuk semua jenis kulit dan untuk kegunaan harian.

SABUN EUMORA membersih, mentonakan kulit secara aktif, melembab dan menjadikan kulit lebih cerah dan segar.

SABUN EUMORA disebatikan dengan unsur HmA (Hydration MicroAlgae) yang diformula dan diimport 100% dari Eropah.

SABUN EUMORA ALL-IN-ONE - Sabun Ajaib

SABUN EUMORA adalah sabun kecantikan yang diperbuat dari BAHAN ALAMI.



Siapa boleh pakai sabun eumora?

Oleh kerana bahan yang diperbuat adalah daripada sumber semulajadi yang terpilih, semua orang boleh pakai sabun ni daripada peringkat bayi hinggalah dewasa. Juga boleh diaplikasi pada seluruh tubuh pada kulit yang bermasalah.

Antara fungsi2 yang terdapat pada sabun eumora


· mengecilkan pori-pori
· mengawal blackheads and whiteheads
· mengawal keseimbangan pH pada kulit
· mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif
· mengurangkan kesan parut pada kulit
· mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat
· mampu mengurangkan garis-garis halus / kedut pada wajah
· mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis, stretchmarks, kesan selulit dan sebagainya
· kulit kelihatan 1 tona lebih cerah kerana proses exfoliation
· kulit kelihatan lebih kemerahan secara semulajadi dan berseri-seri
· meningkatkan keupayaan kitaran sel kulit, menjadikan kulit sentiasa anjal,sihat dan berseri
· sangat sesuai dan selamat digunakan kepada bayi dan kanak-kanak
· mengurangkan noda-noda hitam dan sel mati pada keliling leher, celah ketiak dan bikini line
· untuk menghilangkan kehitaman di celah peha dan ketiak….
· bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala
· melembutkan rambut dan menyihatkannnya
· mematikan jerawat muka @ badan
· kurangkan kedut muka, facelift up, eyebag, dark circles, jeragat, pigmentation
· menegangkan muka dan menaikkan seri kulit muka boleh dijadikan syampu untuk menjadikan rambut lebih sihat, berkilat dan lembut.



Seterusnya, antara bahan-bahan yg terkandung dalam eumora adalah :

· HMA - Algae yg kaya dengan antioksida, vitamin dan mineral dari Europe untuk mengembalikan keremajaan dan menyembuhkan kulit.

· HEILMOOR CLAY – Terdiri daripada beratus herba, bahan organic, antibiotic yang semulajadi, hormon tumbuhan dan banyak lagi.

Technical Specification
Disidium Lauryl Sulfosuccinate, Sodium Coco-Sulfate, Triticum Vulgare (Wheat), Starch,
L-Octadecanol, Paraffin & CI77898. Talcum, Heilmoor Clay, Water, Glycerin, Algae Extract, Polyglucuronic Acid, Olea Europaea Fruit Oil, Cahmomilla Matricaria (Chamomile) Extract

Eumora Miracle Bar adalah 100% semulajadi



Dan ini pula antara testimoni pengguna sabun eumora


Bagi masalah kulit yang teruk..berjerawat



Masalah kulit tak sekata..



Dan yg ni..yg ngada2 nk pakai..hee..=p

fokus kat k.asni..bukan si cantik jelita farah tu yea..

gambar ni snap lepas lari orientasi hari tu.. dis one k.asni upload sebab gmbr ni tak pakai apa2 pun..bedak ke..etc2..dan antara paling jelas laa..

Bagi mereka yg sedang mencari2 sabun idaman.. Apakata jumpa k.asni.. dan k.asni boleh terangkan dengan panjang lebar pasal sabun ni. Pengalaman k.asni sendiri yang menggunakan sabun ni, Allhamdulillah, kulit muka tak kusam, tak berminyak tapi tak pula kering di mana ianya seimbang dari segi kelembapannya. Sebenarnya amat payah nak cari pencuci muka yang boleh kontrol masalah kelembapan ni. Dan k.asni berani cakap, muka k.asni boleh tahan dari pagi sampai petang, tak berminyak pun.

(Kalau kes2 gurl dtg bulan..diorang boleh uji sendiri kesannya kalau dibiarkan saja mukanya dari pagi sampai petang tanpa sentuh air, insyaallah masih tak nampak kesan minyak pada muka ). Dari segi mencerahkan kulit muka pulak, kesannya tidak terlalu drastik, tapi akan ada perubahan pada muka dimana ianya akan kelihatan cerah 1 tona, maknanya cerah yang munasabah la. Jangan pulak terpedaya dengan kesan sesetengah sabun tu, pakai 2hari terus cerah putih melepak..pastu mula lah kulit bertukar kemerahanan macam sesetengah ‘datin semalaysia’..(maaf..contoh) atau menipiskan kulit..Ini yg kita tak mau. Bagi k.asni, adalah sesuatu yang kejam jika kita membiarkan kulit muka kita dengan produk2 yang sedemikian. Oleh itu, marilah sama2 kita berkenalan dengan sabun eumora ni..dan sama2 mndapat manfaat darinya...insyaallah..

Hmm..banyak lagi la kelebihannya, berbaloi-baloi…!


Nak tau dengan lebih lanjut..roger k.asni..

Siti Aminah 012
Uthman 1.3 (Coming soon…=p)

Friday, January 15, 2010

Kisah Barber dan Allah

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara. Tapi apabila mereka mula berbicara mengenai allah, barber itu pun berkata, "saya tak percaya allah itu wujud. "kenapa kamu kata begitu?" tanya si lelaki tadi.

"Cuba kamu keluar di tgh jln itu dan tunjukkan pd saya bahawa allah itu wujud. Kalau betul allah wujud, kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. Saya x dpt bayangkan allah yg maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku".
Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi. Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, "Kamu tahu tak yg sebenarnye barber jgk tidak wujud?".
"Kenapa kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi". Kata barber. "Tidak!" kata si lelaki tadi. "kalau barber wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu". "ah! Barber mmg wujud! Lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnya!". Kata barber.
"Tepat sekali!". Kata si lelaki tadi. "that's the point!. Allah jgk wujud. Itulah yg terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan-nya."
p/s : this is my fav story actually citer ni sangat glemer..ada di mana2..kat emel..kat comment2..kat mana2 saja..Apa2pun..maksud yang ingin disampaikan dalam cerita ni..sangat2 berguna untuk kita berfikir sejauh mana kita yakin dan percayakan Allah..konsepnya sama saja..hidayahNya perlu dicari.. =)

Wednesday, January 13, 2010

Sajak buat mu

Sajak buat bakal pelindungku dunia dan akhirat..

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita..

Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya..

Sekiranya,
kita cinta pada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yg kita cinta,
Tetapi sekiranya,
kita cinta pada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga..

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah keranaMu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cintanya kepadaku adalah keranaMu..

Namun,
seandainya dia bukanlah jodoh yg ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku..

Aku tidak tahu siapa kamu,
tapi menunggumu adalah satu misteri bagiku,
misteri yang akan terungkai suatu hari nanti,
kerana aku percaya pada janji-janjiNya..

Ya Allah, lindungilah kami,
peliharakanlah hati kami..
rahmatilah kami..Amin..

::::syair ubahsuai daripada syair puteri syeikh Qutb...atas kesesuaian kondisi diri..

Monday, January 11, 2010

lari..lari...dan lari..

aku mahu jogging sepanjang hidupku..
boleh..??

ada kwn2 yg tegur..pasal status aku kat ym ni..
tp sumanya nmpk the lecsical one..
hmm..

adeh..apa la yg aku mula nk ckp ni..

"aku mahu jogging sepanjang hidupku"


faham..??

aku reply kat salah seorang kawan yg bertanya..camni..


sy mau larii...lari...dan lariiii
biar rasa penat..
bila sy penat...
sy boleh tdur
pastu bgn dari tdur...g klas..
bila ada masa ..sy nk lari..lari dan larii
pstu sy penat...
pastu sy tdoo
pastu sy bagn..sy g klas..
bila ada masa sy lari...
lari dan lariii
bla sy penat...
sy tdo
hmm...


actually..knp aku mau lari..?? smpi bila...
dah2..stop..bye..
salam..~
(ntah apa2 ending cmtu aje)

p/s : hee, nway.. siapa mau sponsor supernova running shoes...?? angkat tgn...?

Saturday, January 2, 2010

Pagi yang hening

Hari ni merupakan hari terakhir aku berada di rumah..esok petang aku da berangkat ke maktab..kembali semula ke kehidupan lamaku..kepada rutin harianku yg sentiasa sibuk dengan aktiviti2 institut tersebut.. Lepas ni..corak kehidupan aku tak seperti tahun2 lepas..pada tahun ini. kami guru pelatih pismp sem 1 akan bertambah busy, busy dengan assignment, dengan aktiviti dan program maktab, dengan penilaian itu dengan penilaian ini..Fuh..harus kuat semangat..

Apa2pun, i love maktab..sebab disitulah aku mula mengenal diri sendiri dengan lebih dalam, mengenal kekuatan dan kelemahan, mengenal banyak perangkap dan jerat..yg akhirnya menbuatkan aku kuat..Alhamdulillah..~

Aku rindu untuk menempuh hari2 ku sebagai guru pelatih ipgmkdri, rindu nk melalui hari2 bersama roomateku, rindu nk turun padang, rindu nak melawat bilik2 classmate..n insyaallah..tahun ni..aku akan kerap..menjenguk bilik seniorku, kerana hampir separuh kekuatan ku ada padanya..Rindu tuk mendengar tazkirah daripada dia, rindu nk dengar makna2 terjemahan al-Quran..rindu untuk dibacakan semua itu..arghh..aku seperti anak kecil bila berada di depan dia..hmm..

Agaknya bilalah aku boleh jadi seperti dia..?
dia sangat kuat..dan aku...?? Sangat lemah..
Bila datang soalan, bersediakah aku jika aku harus pergi meninggalkan dunia pada esok hari..?
Soalan yang bagaikan tidak berjawapan..

Ya Allah...

Target sebelum ke 'sana'