Tuesday, May 5, 2015

My fact.

Iyup.

Friday, August 22, 2014

Teluk Gadong 2014

Sampai juga kat sini, Teluk Gadong, Dungun.

Sunday, July 20, 2014

Menjelang hari raya

Anak2 Cikgu depan rumah aku ni.. Tak de nye nak offer aunty2 nih join main bunga api..  Takpe2.. Kite ade mercun naga.. Kite main lagi best, lastik mercun tinggi2...

Bakat terpendam aku ni bila lagi nak guna kalau tak setahun sekali.

Dam dam dun... Bunyi mercun... Dan bila mana lagu raya berkumandang...

Wednesday, June 4, 2014

Birzzle updates 010

Ada kemajuan nampaknya ya.. Huhu

Birzzle updates 009

Nah.. Atlet Malaysia korang.. Hihi

Tuesday, June 3, 2014

Cerita nak dekat kon

Kulit muka kering, sun burn senamrobik hari tu tak hilang lagi.

Nak konvo dah isnin depan oooi..

Haha.

Sebelum ni tak pernah kesah kan. Hari ni terlampau kesah gara2 nak terima segulung ijazah.

Friday, May 23, 2014

Mei - june yang pantas berlalu.

Semalam $$$ day, hari ni pergi merayap, esok senamrobik Hari Guru, Ahad Isnin sekolah.. Selasa start holiday.. Jun konvo... Excuse me.. Cuti 20 hari.. ~~~

Thursday, May 8, 2014

Cerita puasa.

Semua benda nampak sedap. Alahai.. 1 jam 10 minit lagi. Malam ni bbq kat kem motivasi budak darjah 6 lagi. Walau tak suka sgt bbq, tapi pembawaan puasa tu rasanya mentekedarah tak ingat dunia nnti.

Nyum nyum nyummm.

Wednesday, April 30, 2014

Rival - seteru

Kalau kita sayang atau suka seseorang tu, kita tak akan ada perasaan macam seteru atau 'rival' dengan seseorang itu. Envious itu normal, jealous tu... Tak berapa nak normallah. Dan saya tak perlukan insan seperti ini dalam hidup saya, sekadar alat saja. Boleh. No hard feeling, saya tak expect apa2 kebaikan pun daripada insan seperti ini. Cuma profesional, matang dan bertanggungjawab dalam setiap perbuatan. Itu memadai kerana anda hanya alat. Ya alat macam mesin tu. Ada fungsinya. Saya pandang fungsi anda sahaja. Apa2 bukan fungsi anda saya tidak akan expect apapun dari anda.

Wednesday, April 23, 2014

Alkisah kerja vs berat badan

Berat badan turun sekilo. Begitu juga dengan teman saya, Cgu Iza. Kata dia, "kita terlalu banyak fikir pasal kerja..Sampai tak de masa fikir pasal makan".

Ada benar katanya.

Dulu waktu praktikum, habis mengajar.. Terus tuju kantin, habis kerja banyak sikit.. Terus tuju Secret Recipe. Tapi sekarang..  Tak sama. Kerja sentiasa ada. Cuma kerehatan seperti gap. Hari sibuk, hari lapang. Itu saja. Kadang lupa dan tak heran dengan waktu rehat, rela cari biskut, sneakers dalam beg.

~~ Dalam proses menyesuaikan diri, sebagaimana proses membuat ringkasan RPH 1 jengkal jari. 1 muka surat, 3 lesson plan.

Siap ditegur GB, rph tak boleh buat ringkas lagi ke? Nanti tak muat ni...

Gelak dalam hati saja.

Monday, April 21, 2014

Duit pun makhluk

10 kali kita kedekut dengan orang, 100 kali orang kedekut kat kita.

1 kali kita belanja orang, 10 kali orang nak belanja kita. Haha.

Perbuatan baik dikenang2 orang sentiasa.

Harta tak boleh bawak masuk kubur oii, Duit sifatnya macam 'makhluk' juga. Makhluk Allah. Kita tak boleh nak layan dia ikut tambah tolak bahagi darab ikut matematik yang kita belajar kat sekolah tu saja. Rajin2lah bersedekah pada yang memerlukan dan bahagiakan ibu bapa dengan rezeki kita tu. :)

Hidup ni bukan kita tahu singkat atau panjang. Beringat2lah sikit, jangan ler duniawi sangat.

Pesanan untuk semua termasuk diri sendiri.

Perkhemahan 2014

Here. Smk Ketengah Jaya. Shift malam.. Actually dari pagi sampai ke malam...  Huhu

Sunday, April 6, 2014

Observe oleh N..

Esok ngajar PJ, di observe oleh Nazir.

Minggu ke 2 di sekolah, gerombolan Nazir turun berkampung di Sksfr.

Ngantuk. Rph tak buat lagi. Tapi yang best, rph panjangnya sejengkal saja. B-)

Zzz..

Rph pendek sejengkal

1 muka surat boleh tulis 3 pdp. Dulu time study? 3-4 muka surat tu 1 pdp. Padan abis masa berjam2 nulis rph saja. Haha. Sekarang?? Rph satu jengkal jari je.

"Kalau awk nak tulis 1 muka surat 1 pdp, atau 1 muka surat 2 pdp pun, hujung tahun tak muat. " kata guru asal.

Phewwww.. Betapa panjang dan berterusan waktu akan mengajar pada masa akan datang. Advantagenya?? tulis rph pendek2. Oh.... Heaven tang tu.

Rph = Lesson plans.

Saturday, April 5, 2014

Pesanan buat diri

Sampai masa kita, kita pun pergi ke 'sana'. Tiada 'warning'. Jadi hiduplah kita di sini, bersederhana saja (fokus). Pastikan 'main target' kita untuk ke syurga tercapai. Hidup ini dikaburi halusinasi. Halusinasi kesenangan dan kelekaan duniawi.

Memasang cita itu harus. Tapi jangan lupa fitrah asal kita dihidupkan, ; beribadat padaNya.

Jangan yang dikejar tak dapat (dunia) yang dikendong berciciran (akhirat).

Wednesday, April 2, 2014

Malam terakhir :(((

Di keheningan malam.
Malam terakhir di rumah bonda. Ralat dan sayu hati nak tinggal mak dan kampung halaman. Esok bakal bermula sejarah baru di daerah baru. Moga sentiasa dalam lindungan Allah swt, bondaku... Dan kucing...

... Sayu.... Sebak...

Tgk kucing sopan ni teman sy sumbat kontena sy malam2 buta ni.. Huk hukk

Sunday, March 30, 2014

Soalan dan inkuiri kanak2

"Zaman dulu2 semua kelabu dengan hitam eh? Pokok, orang, langit.. Tu tv (cerita p.ramlee) hitam kelabu. Eee. Zaman dulu dok best."

Soalan masa kecik2 dulu.

Peranan si dewasa untuk menerangkan soalan Inkuiri setiap kanak2 ini. :)

Reaksi posting

Posting negeri sendiri? Reaksi orang tak sama.

"Bestnye posting negeri sendiri, dekat sikit dengan rumah.. Bla bla... Untung la.."

Kita balas, "Rezeki Allah bagi. Itu yang terbaik menurut pengetahuanNya."

Satu lagi reaksi,

" Posting dalam negeri je? Alah, tak berkembang.. "

Pun kita jawab, "Rezeki Allah bagi. Itu yang terbaik menurut pengetahuanNya."

Dan reaksi ni akan kita jumpa lagi pada masa akan datang.

Posting semenanjung atau borneo, saya tetap akan jawab jawapan yang serupa.

Rezeki dan rencana Allah untuk setiap hambaNya berbeza-beza.

Ok. Number 1 this week.

Haa.. Korang kena bangga ni.. Sy wakil Malaysia ranking no 1 dunia ni.. Haha. Atlet Birzzle game.

Thursday, March 27, 2014

Kasut cantik vs kasut selesa

Kat sekolah tak boleh berat tulang berjalan. Makanya saya shopping kasut tadi pilih kasut selesa berbanding kasut cantik. Kasut cantik hanya cantik dipandang orang tapi tuan empunya sakit kaki akhirnya. Jangka masa lama boleh sakit tulang belakang. Nak berjalan jauh pun malas.

Wahai kaki, aku nak pakai kau lama lagi. Makanya aku akan pastikan, kau akan terjaga selamanya. Hehe.

Prinsip berkasut sy. Biar tak cantik asal selesa.

Target sebelum ke 'sana'