Sunday, March 30, 2014

Soalan dan inkuiri kanak2

"Zaman dulu2 semua kelabu dengan hitam eh? Pokok, orang, langit.. Tu tv (cerita p.ramlee) hitam kelabu. Eee. Zaman dulu dok best."

Soalan masa kecik2 dulu.

Peranan si dewasa untuk menerangkan soalan Inkuiri setiap kanak2 ini. :)

Reaksi posting

Posting negeri sendiri? Reaksi orang tak sama.

"Bestnye posting negeri sendiri, dekat sikit dengan rumah.. Bla bla... Untung la.."

Kita balas, "Rezeki Allah bagi. Itu yang terbaik menurut pengetahuanNya."

Satu lagi reaksi,

" Posting dalam negeri je? Alah, tak berkembang.. "

Pun kita jawab, "Rezeki Allah bagi. Itu yang terbaik menurut pengetahuanNya."

Dan reaksi ni akan kita jumpa lagi pada masa akan datang.

Posting semenanjung atau borneo, saya tetap akan jawab jawapan yang serupa.

Rezeki dan rencana Allah untuk setiap hambaNya berbeza-beza.

Ok. Number 1 this week.

Haa.. Korang kena bangga ni.. Sy wakil Malaysia ranking no 1 dunia ni.. Haha. Atlet Birzzle game.

Thursday, March 27, 2014

Kasut cantik vs kasut selesa

Kat sekolah tak boleh berat tulang berjalan. Makanya saya shopping kasut tadi pilih kasut selesa berbanding kasut cantik. Kasut cantik hanya cantik dipandang orang tapi tuan empunya sakit kaki akhirnya. Jangka masa lama boleh sakit tulang belakang. Nak berjalan jauh pun malas.

Wahai kaki, aku nak pakai kau lama lagi. Makanya aku akan pastikan, kau akan terjaga selamanya. Hehe.

Prinsip berkasut sy. Biar tak cantik asal selesa.

Sunday, March 23, 2014

Stok drama

Gumbira hati saya petang ni dimaklumkan external HD sy sudah selamat sampai. Yg sebenarnya yang terkandung dalam ex hd tu adalah stok2 movie dan drama korea, taiwan daripada ex housemate sy. Saya cakap.. Masukkanlah citer2 yg ada yg best.

Sekali dia masukkan banyak giler tu.. Tengok print screen sy ni actually boleh scroll lg tu.. Haa. Lagi satu betapa romantiknye kawan sy ni, siap dia buat catatan ringkas dekat setiap folder drama tu.. Ouhhh cupy cupika. Syg awk. Muohh.

Tuesday, March 18, 2014

Screenshot : Birzzle

Rank ke 7 mewakili Malaysia. Hehe.

Saturday, March 15, 2014

No tittle 002

Duk jaga kedai malam2 ni, tak orang datang singgah, cik ponti datang singgah...haha.. tak pun kucing singgah mintak makanan sikit..  bercakap pasal kucing..

Pak cik misai melentik pun suka kucing. Tersenyum sipu2 dia bila saya tanya kucing putih kat belakang yang ikut dia jalan tu kucing dia ke?

Dia jawab "..ya, dia ikut dari umah lagi.. He he he.. "

Sudah tentu dia boleh baca fikiran saya mengatakan kucingnya bijak, putih gebu, aktif dan comel.

Sambil dia cuba berlalu, dia pusing.. Dia jerit kat kucing dia, "dah2 la tu.. Meh balik.."

Terus kucing tu ikut langkah kaki pakcik misai tu. Haha.

Saya agak, kucing tu penyeri kat umah dia..

Kucing makhluk istimewa.. Kan.. Mampu jadi punca senyuman kepada seseorang. :))

Friday, March 14, 2014

No tittle 001

Berhujah dengan orang pandai lebih mudah kerana banyak bermain fakta dan kerelevanan, berhujah dengan orang kurang pandai sangat susah kerana mereka tidak faham landasan ilmu.

Rendahkan level cara fikir kamu serendah ilmu mereka bagi memudahkan kefahaman dan perspektif cara fikir mereka. Jika tidak mampu juga.. Tinggalkan. Itu lebih baik. Jangan lupa berdoa untuk ilmu dan petunjuk sampai di hati dan akal mereka.

Thursday, March 13, 2014

MH370 dan statement balas Tun M

Kan terasa ada hero tu bila menteri (former PM) beri statement lantang macam ni. Ni tak.. Senyap je.. Duk biarrrr je dunia berbicara sesedap rasa hati limpa pankreas diorang. Macam 'anak yatim' tak terbela pulak.

C.p. : Harry Hanssens

Thursday, March 6, 2014

Jogging la sangat kan

Hari yang cerah.. Permulaan hari yang baik B-) Selesai jogging sekitar stadium.

Stadium tertutup gong badak.

Wednesday, March 5, 2014

Kes Overweight punya pasal

Rujuk gambar*

Iyep.. Dah seminggu dah amal macam ni.. Tapi portion karbohidrat sy 35%, protein 15%. Fleksibel sikit.. Asalkan happy. Huhu.. BMI dah capai state overweight ni ha.. Dah mmg perlu lakukan sesuatu la kan.. Sy tak strict sgt bab peratusan portion makanan diambil tu, tapi duk kira kalori jangan sampai 1200 cal... :p

Disiplin tak berapa nak mantap lagi. Apapun.. Chaiyok.. Chaiyokk.. Malaysia Boleh!

Monday, March 3, 2014

Lelaplah wahai mata

4:12 pagi.
Mata tak mahu lelap.
Ayam dah berkokok. :(

Ayam.. Boleh tak pagi ni tak berkokok? Sayu sangat hati ni tau..

Target sebelum ke 'sana'